Kursus Kepimpinan Pelajar SMKAA (TMUA) Tahun 2017

26 Februari 2017 (Ahad): Kursus Kepimpinan Pelajar SMKAA (TMUA) Tahun 2017 telah selesai di sempurnakan penutupannya pada tengah hari ini oleh Ustaz Fakhrorrazi (PK Kokurikulum). Kursus ini telah diadakan di Hotel Putra Brasmana, Kuala Perlis bermula dari 25 Februari 2017 dan berakhir pada hari ini. Tuan Pengetua SMKAA (TMUA) telah merasmikan pembukaannya pada pagi semalam.