SMKAA MERAIH BEBERAPA KEJAYAAN DALAM ANUGERAH KECEMERLANGAN SMKA PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2014

0 Comments

25 September 2014 (Khamis): SMKAA telah dianugerahkan beberapa kejayaan dalam anugerah tersebut iaitu: 1. Tempat Kedua Kategori Kokurikulum 2. Tempat Kelima Kategori Akademik 3. Anugerah Peningkatan GPS dalam SPM 2013

UJIAN PSIKOMETRIK PT3 TAHUN 2014

0 Comments

24 September 2014 (Rabu): Ujian ini telah diadakan bermula jam 7.30 pagi hingga 2.45 petang di Dewan Al-Faizin, SMKAA.

LAWATAN KELAB BOLA SEPAK BAWAH 15 TAHUN KE PULAU PINANG DAN THE LOST WORLD OF TAMBUN

0 Comments

Tarikh: 12-14 September 2014

CERAMAH TEKNIK MENJAWAB PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH SPM 2014

0 Comments

12 September 2014 (Jumaat): Ceramah ini telah diadakan di Dewan Al-Faizin, SMKAA bermula jam 8.30 pagi hingga 10.30 pagi.

KURSUS BAHASA INGGERIS UNTUK SEMUA GURU SMKAA

0 Comments

11 September 2014 (Khamis): Kursus ini telah diadakan di Bilik Wawasan SMKAA bermula jam 3.00 petang hingga 5.00 petang.

CERAMAH MOTIVASI KECEMERLANGAN

0 Comments

11 September 2014 (Khamis): Ceramah ini telah diadakan di Dewan Al-Faizin, SMKAA bermula jam 8.00 pagi hingga 11.00 pagi. Ia melibatkan pelajar-pelajar tingkatan 4 dan 5.

TAKLIMAT KHAS OLEH EN. ROSLAN BIN YATIM TENTANG PERSEDIAAN KE ARAH SEKOLAH KLUSTER

0 Comments

8 September 2014 (Isnin): Taklimat ini diadakan kepada semua guru di Bilik Wawasan bermula jam 2.30 petang.

MESYUARAT JAWATANKUASA SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN

0 Comments

5 September 2014 (Jumaat): Mesyuarat ini bermula jam 7.30 pagi di Bilik Wawasan SMKAA.

AL-FATIHAH: PELAJAR SEKOLAH INI MENINGGAL DUNIA HARI INI

0 Comments

1 September 2014 (Isnin): Warga SMKAA dikejutkan dengan berita seorang pelajar sekolah ini iaitu Amir Syafiq bin Abd Razak, pelajar tingkatan 5 Othman telah kembali ke Rahmatullah. Arwah meninggal dunia apabila terlibat dalam satu kemalangan ketika pulang dari Pulau Pinang. Semoga Roh beliau dicucuri Rahmat oleh Allah Taala. Al-Fatihah.

PELAJAR SMKAA MENJADI JOHAN PERTANDINGAN MELUKIS ANJURAN PERSATUAN SEJARAH MALAYSIA CAWANGAN PERLIS 2014

0 Comments

23 Ogos 2014 (Sabtu): Pelajar sekolah ini iaitu Benayad Nur Wafa binti Benayad Abdel Krim telah berjaya menjadi johan dalam pertandingan tersebut. Tahniah diucapkan.