PROGRAM SAHSIAH CEMERLANG, SEKOLAH GEMILANG SMKA ARAU 2013

1 November 2013 (Jumaat): Alhamdulillah, program ini telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Program bermula dari 30 Oktober hingga 1 November ini telah diadakan di Kem D’Tepus, Bukit Tengah, Mukim Wang Tepus, Jitra, Kedah. Program ini melibatkan penyertaan 40 orang pelajar yang terdiri dari pelajar-pelajar tingkatan 1 dan 2 sekolah ini. Ia dikendalikan sepenuhnya oleh beberapa orang guru sekolah ini dan dibantu oleh beberapa orang bekas pelajar (ALUMNI).

MAJLIS BACAAN YAASIIN DAN SOLAT HAJAT UNTUK CALON-CALON SPM DAN STPM 2013

30 Oktober 2013 (Rabu): Alhamdulillah, majlis solat hajat dan bacaan Yaasiin untuk calon-caln SPM dan STPM sekolah ini telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada hari ini. Majlis diadakan di Surau Al-Falah, bermula jam 7.00 malam.