Author's posts

PEMANTAUAN PENCALONAN SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN OLEH JEMAAH NAZIR

15 Oktober 2014 (Rabu): SMKAA menerima kehadiran 4 orang jemaah nazir untuk memantau sekolah yang telah dicalonkan untuk Sekolah Kluster Kecemerlangan.

MAJLIS RESTU GURU PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 3 2014

10 Oktober 2014 (Jumaat): Majlis ini diadakan di Surau Al-Falah, SMKAA bermula jam 8.00 pagi.

PROGRAM JAYA WARIS DAN PENYERAHAN KEPUTUSAN PRA SPM 2014

10 Oktober 2014 (Jumaat): Majlis ini diadakan di Surau Al-Falah, SMKAA bermula jam 11.00 pagi.

MAJLIS BACAAN YAASIIN DAN SOLAT HAJAT SEMPENA PEPERIKSAAN PT3 2014

9 Oktober 2014 (Khamis): Program ini diadakan pada hari ini bermula jam 6.45 petang di Surau Al-Falah, SMKAA.

LATIHAN KEBAKARAN DAN KECEMASAN

2 Oktober 2014 (Khamis): SMKAA telah mengadakan Latihan Kebakaran dan Kecemasan bermula jam 1.00 petang melibatkan semua warga SMKAA.

SMKAA MENERIMA LAWATAN PENANDA ARASAN DARI GURU-GURU PELATIH, INSTITUT PERGURUAN KAMPUS PERLIS

29 September 2014 (Isnin): SMKAA telah menerima lawatan penanda arasan ini dari jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang.

KURSUS KEPIMPINAN PELAJAR ASRAMA 2014

28 September 2014 (Ahad): Kursus ini telah diadakan di Tasoh Lake Resort, Perlis bermula dari 26 September 2014 dan berakhir pada hari ini.

SMKAA SEBAGAI TUAN RUMAH PROGRAM MUKHAYYAM TABADUL AZKIA’ PT3 BAHASA ARAB PERINGKAT NEGERI PERLIS

27 September 2014 (Sabtu): SMKAA telah dipilih sebagai lokasi untuk mengadakan program ini. Program ini bermula sejak semalam (26 September 2014) dan berakhir pada jam 5.30 petang pada hari ini.

PROGRAM GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN KAWASAN SEKOLAH

26 September 2014 (Jumaat): Program gotong royong ini telah diadakan bermula jam 8.00 pagi hingga 10.30 pagi yang melibatkan semua warga SMKAA.

SMKAA MERAIH BEBERAPA KEJAYAAN DALAM ANUGERAH KECEMERLANGAN SMKA PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2014

25 September 2014 (Khamis): SMKAA telah dianugerahkan beberapa kejayaan dalam anugerah tersebut iaitu: 1. Tempat Kedua Kategori Kokurikulum 2. Tempat Kelima Kategori Akademik 3. Anugerah Peningkatan GPS dalam SPM 2013