Return to PROFIL

Piagam Pelanggan Sekolah

KAMI WARGA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA ARAU BERIKRAR DAN BERJANJI AKAN MENUMPUKAN SELURUH TENAGA DAN USAHA KAMI:-

MENYEMAI SIFAT-SIFAT TAQWA, SETIA, LIBERAL, BERTOLAK ANSUR, PENYAYANG DAN CINTAKAN NEGARA.

MELAHIRKAN GENERASI BERWAWASAN YANG SAINTIFIK, PROGRESIF, KREATIF, INOVATIF, BERKETERAMPILAN, BERILMU BERASASKAN IMAN DAN TAKWA DAN DAPAT MENYUMBANG KE ARAH MASA DEPAN.

SENTIASA MEMBANTU MENYELESAIKAN MASALAH BERKAITAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR SEKOLAH INI.

MEMBERI PERKHIDMATAN YANG TERBAIK BAGI MENINGKATKAN KUALITI DAN KUANTITI PELAJAR AGAR CEMERLANG DALAM KURIKULUM DAN KOKURIKULUM.

MENJAGA KESELAMATAN PELAJAR SEMASA DI SEKOLAH DAN MENGAMBIL TINDAKAN SEWAJARNYA BAGI MEWUJUDKAN SEKOLAH DALAM KEADAAN SELAMAT DAN KONDUSIF.

MEMASTIKAN SEKOLAH PEKA DAN RESPONSIF KEPADA KEHENDAK PELANGGAN DENGAN:-

SENTIASA MEMBERI LAYANAN DAN PERKHIDMATAN KAUNTER YANG MESRA DALAM TEMPOH YANG SEGERA.

MENENTUKAN SEMUA SURAT-SURAT PENTING DIJAWAB SEBELUM TEMPOH.

SENTIASA BERSEDIA DAN SANGGUP MENERIMA PANDANGAN, CADANGAN DAN TEGURAN YANG MEMBINA DARI SEMUA PIHAK DEMI MEMPERTINGKATKAN PRESTASI PERKHIDMATAN DAN KECEMERLANGAN AKADEMIK.

MEWUJUDKAN SEMANGAT KEKELUARGAAN, MUHIBBAH DAN MUAFAKAT DALAM KALANGAN PELAJAR, GURU, KAKITANGAN, IBUBAPA DAN MASYARAKAT SETEMPAT.