RESPON

Sila kemukakan persoalan atau pandangan anda pada ruangan di bawah.

19 comments

Skip to comment form

    • admin on October 17, 2015 at 12:22 am
      Author

    Terima Kasih kerana melayari Laman Web sekolah ini. Diharap anda semua berpuashati.

    • zuhaizi on April 4, 2016 at 7:24 am

    Assalamualaikum tuan/puan..pertanyaan bolehkah anak saya bertukar masuk ke sek tuan. Untuk maklumat tuan/puan anak sy skrg belajar di tawau sabah dan beliau akan mengikut saya berpindah ke perlis pada penghujung bln 5 nanti. Anak sy skrg tingkatan 4

    Jawapan:
    Waalaikumussalam tuan, boleh sekiranya memenuhi syarat-syarat ke SMK Agama.
    -Shakirah Ahmad (PK Pentadbiran)

  1. Salam, adakah permohonan untuk memasuki SMKA terus melalui sekolah, PPD atau secara talian di kementerian pendidikan? Adakah SMKA arau ini berasrama penuh atau pelajar boleh tinggal dengan keluarga. Mohon pencerahan.

    Jawapan:
    Permohononan ke Tingkatan 1 adalah melalui online. Bermula kemasukan 2017, semua pelajar Tingkatan 1 akan terlibat dengan Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) dan diwajibkan tinggal di asrama. Begitulah tahun-tahun berikutnya.

    • hafiza harun on August 22, 2016 at 2:07 am

    Assalamualaikum,

    Saya bercadang utk menempatkan anak lelaki saya tingkatan 1 ke sek tuan pada 2017.
    Soalan saya:
    • Bilakah ujian pemilihan akan diadakan
    • apakah syarat-syaratnya.

    Maklumat anak
    • tinggal di padang Sera Kedah bersama keluarga
    • bersekolah Kodiang Kedah
    • dilahirkan di Perlis.
    • mendapat 8A dalam KAFA dan 4 A dalam SPI Kedah 2016

    Saya TIDAK BERCADANG untuk menempatkan anak saya tinggal di asrama

    Sekian . T. kasih

    JAWAPAN:
    Waalaikumussalam.
    Bermula 2017, sekolah ini akan menjadi Sekolah Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA). Semua pelajar tingkatan 1 tahun 2017 akan terlibat dan diwajibkan tinggal di asrama sehinggalah mereka di tingkatan 5. Permohonan adalah melalui online yang akan dimaklumkan tarikhnya nanti.

    • Royahu on August 26, 2016 at 4:13 pm

    Assalamualaikum tuan/puan
    Bilakah majlis graduasi bg pelajar Ting 5 2016 akan diadakan?

    Jawapan:
    Waalaikumussalam. Tarikh cadangan adalah pada 27 Oktober 2016 (Khamis). namun belum tetap lagi.

    • issmile on September 26, 2016 at 4:40 pm

    Assalamualikum..
    permohonan ketingkatan satu 2017 melalui pautan http//public.gov.my tak dapat di akses sebab terus ke sistem pengurusan murid. atau saya yg salah…mohon bantuan

    Jawapan:
    Tuan/puan perlulah masuk di laman web tersebut menggunakan id dan kata laluan tuan/puan. Ataupun tuan/puan boleh menghubungi terus Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Perlis (Cawangan) di Sekolah Kebangsaan Sri Indera Kangar.

    • Yati on October 8, 2016 at 11:29 am

    Assalamualaikum. Adakah kemasukan ke Ting 1 tahun 2017 hanya terbuka utk pljr dari Perlis sahaja, atau seluruh Malaysia?

    Jawapan:
    Waalaikumussalam. Keutamaan diberikan kepada pelajar dari Perlis dahulu. Namun pelajar-pelajar dari negeri lain juga boleh memohon di Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Perlis.

    • nizam on January 4, 2017 at 3:14 am

    Assalamualaikum blh x klu nx tau pakej matapelajaran utk ting 4

    Jawapan:
    Waalaikumussalam.
    Pakej Untuk Tingkatan 4:

    2 kelas aliran Sains Tulen
    (BM,BI,B.Arab,Sejarah,Syariah,Quran Sunnah,Matematik,Fizik,Kimia,Biologi,Matematik Tambahan,PJK,Sivik)

    1 kelas Fizik/Kimia/Prinsip Akaun dan Matematik Tambahan
    (BM,BI,B.Arab,Sejarah,Syariah,Quran Sunnah,Matematik,Fizik,Kimia,Prinsip Akaun,Matematik Tambahan,PJK,Sivik)

    1 kelas Prinsip Akaun/Matematik Tambahan/Ekonomi Asas
    (BM,BI,B.Arab,Sejarah,Syariah,Quran Sunnah,Matematik,Prinsip Akaun,Matematik Tambahan,Sains, Ekonomi Asas,PJK,Sivik)

    1 kelas aliran Agama
    (BM,BI,B.Arab,Sejarah,Syariah,Quran Sunnah,Matematik,Sains, Ekonomi Asas,PJK,Sivik)

    • hayu on January 19, 2017 at 12:57 am

    Siapa su peperiksaan 2017?

    Jawapan:
    Setiausaha-Setiausaha peperiksaan 2017 adalah di bawah penyelarasan Pn. Mahanom binti Mohamed.

    • Nor Edawati Ramli on January 20, 2017 at 8:25 am

    Assalammualaikum ..
    Saya waris anak di tingkatan 1 . Untuk cuti Tahun Baharu Cina nanti, anak2 yang menetap di asrama boleh pulang bila dan masa ibu bapa boleh pergi ambil anak masing2.. Terima kasih

    Jawapan:
    Waalaikumussalam, Cuti Tahun Baru Cina akan bermula pada khamis (26/1/2017). Pembelajaran Tingkatan 1 pada hari rabu akan berakhir jam 5.00 petang. Puan boleh mula mengambil anak puan apabila tamat persekolahan jam 5.00 petang pada hari rabu.

    • FIRDAUS BIN BAHRUDIN@BAHLUDIN on February 5, 2017 at 3:43 am

    assalamualaium, saya student batch 2010 , macam ni saya dulu pelajar aliran akaun, masa tu cikgu ahmad khairi b bakar kata mai ambil sijil lcci selepas setahun ,jadi selepas melanjut pelajaran setahun , aya terlupa pergi mengambil sijil lcci tersebut di sekolah sehingga kini , jadi persoalannya adakah sijil tersebut masih di sekolah ? adakah tidak mustahil untuk saya pergi mengambilnya sekarang? perlukah ada langkah-langkah tertentu untuk mengambil sijil tersebut? saya berharap untuk mengambil sijil tersebut jika masih dibenarkan.

    terimakasih atas kerjasama ,
    assalamualaikum,,
    yang benar.

    • hadi on February 26, 2017 at 7:00 am

    assalamualaikum saya teringin tahu bagaimanakah nak masuk smkaa bagi ting 4?

    • Puteri on April 20, 2018 at 1:04 pm

    assalamulaikum..saya ingin tnya, adakah pelajar ting4 yg dari sekolah menengah biasa yg mohon ke smka arau akan diterima?

    Jawapan:
    Waalaikumussalam. Permohonan ke sekolah ini adalah melalui Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Perlis. Bahagian tersebut yang membuat keputusan samada menerima atau menolak.

    • Amila bt senapi on September 23, 2018 at 3:50 am

    Assalamualaikum.. Apakah syarat utk masuk ke tingkatan 1 sekolah ni?

    Jawapan:
    Tuan/puan boleh merujuk di sekolah rendah anak tuan/puan. Syarat dan permohonan diuruskan oleh pihak sekolah rendah anak tuan/puan. Secara asasnya, perlulah dapat membaca Al-Quran dengan lancar.

    • norshakila on September 28, 2018 at 12:59 am

    Assalammualaikum sya nak brtya tahun depan ank sya masuk ke ting 1,mcm mna saya nak dptkn borang utuk masuk ke sek ini dan mata plejran apa yg di ajar utuk ke ting 1. Bleh pihak pngurusan sek terangkn dkt sya dgn detail lagi sekian time kasih 😊

    Jawapan:
    Tuan/puan boleh merujuk di sekolah rendah anak tuan/puan. Syarat dan permohonan diuruskan oleh pihak sekolah rendah anak tuan/puan. Secara asasnya, perlulah dapat membaca Al-Quran dengan lancar.

    • Norfadlinda Faaizan on October 3, 2018 at 1:37 am

    Assalamualaikum,

    Boleh saya dapatkan maklumat kemasukan tingkatan 1 tahun 2019? Cara memohon dan sebagainya yang perlu.. jazakallah khair

    Jawapan:
    Tuan/puan boleh merujuk di sekolah rendah anak tuan/puan. Syarat dan permohonan diuruskan oleh pihak sekolah rendah anak tuan/puan. Secara asasnya, perlulah dapat membaca Al-Quran dengan lancar.

    • Syakirah on October 12, 2018 at 4:59 am

    Assalamualaikum… jika saya ingin memasukkan anak saya pada tahun hadapan, tingkatan 2, dari Perak ..apakah prosedur yang harus dilakukan.. terima kasih.

    Jawapan:
    Tuan/puan boleh berurusan dengan Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Perlis kerana penempatan pelajar di sekolah ini diuruskan oleh mereka.

    • SITI NURBAYA on October 15, 2018 at 9:14 am

    Assalamualaikum tuan, untuk makluman anak saya akan masuk ke ting 1 pada 2019 dan saya telah memohon penempatan anak saya ke sek agama arau kerana berminat dgn TMUA yg baru diperkenalkan. Soalan saya adakah murid2 belajar hafazan dihadkan dari ting 1 sehingga ting 3 sahaja. atau kalau murid2 ni tak habis hafazan sehingga ting 3 adakah mereka dipaksa melanjutkan sehingga ke ting 5. Mohon pencerahan

    Jawapan:
    Murid-murid TMUA di sekolah ini dikehendaki menghabiskan hafazan mengikut bilangan juzuk yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Mereka mengikuti TMUA ini hingga tingkatan 5. Andainya pelajar tidak dapat menghabiskan sukatan, perbincangan akan dilakukan oleh pihak sekolah bersama waris. Ini kerana ianya bukanlah program, tetapi merupakan kurikulum yang perlu diambil matapelajaran TMUA ini dalam PT3 dan SPM.

    • Pn. Halijah on October 16, 2018 at 8:27 am

    assalamualaikum.
    1. saya ingin tahu tentang tarikh hebahan kemasukan ke smka arau utk tingkatan 4 tahun 2018. anak saya dari sma di sekitar kedah.
    2. bagaimana cara memohon.
    3. apakah syarat / bil A yang perlu diperoleh semasa PT3 utk melayakkan permohonan ke sek tuan.
    t.kasih.

    Jawapan:
    Tarikh hebahan belum dikeluarkan. Untuk kemasukan ke tingkatan 4 di sekolah ini, semuanya diuruskan oleh Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Perlis. Tuan/puan boleh berurusan terus di sana.

Leave a Reply

Your email address will not be published.