Pelajar SMKAA Menyertai Majlis Ihtifal Sekolah-Sekolah (MISS) Kementerian Pendidikan Malaysia Peringkat Kebangsaan Tahun 2015

IMG-20150813-WA0005IMG-20150813-WA0009aIMG-20150813-WA0007

10 Ogos 2015 (Isnin): Pada 7 hingga 10 Ogos 2015, Majlis Ihtifal Sekolah-Sekolah (MISS) Kementerian Pendidikan Malaysia Peringkat Kebangsaan Kali Ke-4 Tahun 2015 telah diadakan di SMK Agama Al-Irshad, Pokok Sena, Kepala Batas, Pulau Pinang. Kontinjen Perlis telah diwakili seramai 24 pelajar serta 4 orang guru pengiring. Dalam pertandingan itu, SMKAA turut terlibat dalam dua acara yang dipertandingkan iaitu seorang pelajar bagi acara Qiraat As-Sab’ie Bittarannum Menengah Rendah dan 3 orang bagi acara Kuiz Bahasa Arab Menengah Rendah. Peserta-peserta dari SMKAA telah menunjukkan prestasi yang cemerlang walaupun tidak mendapat kejayaan dalam acara yang diwakili. Walau bagaimanapun, kontinjen Perlis telah mendapat tempat ketiga dalam acara Kuiz Ilmu Wahyu yang diwakili oleh pelajar-pelajar SMK Agama Perempuan Kangar.

(Laporan berita dan gambar oleh Ustaz Zulkifli bin Rozali selaku Guru Pengiring)