Program Penetapan Target dan Ikrar Gemilang Calon-Calon STPM 2018

14 Mac 2018 (Rabu): Program ini telah diadakan pada hari ini di Bilik Wawasan, SMKAA TMUA bermula jam 8.30 pagi. Majlis dimulakan dengan ucaan pengetua, slot pembentangan pelajar, penetapan target dan lafaz ikrar gemilang. Setiap pelajar membuat pembentangan dalam bentuk slaid powerpoint mengenai pencapaian mereka dalam peperiksaan STPM 1, persediaan kerja kursus dan perancangan untuk meningkatkan prestasi dalam peperiksaan STPM 2 pada bulan Mei nanti.