Pelajar-Pelajar Tingkatan Enam Menyertai Program Gilap Cemerlang STPM Tingkatan Enam Perlis 2018

14 April 2018 (Sabtu): Mulai 10 hingga 14 April 2018, Jabatan Pendidikan Perlis telah menganjurkan satu program kecemerlangan untuk calon-calon STPM dan MUET 2018 seluruh negeri Perlis bertempat di SMK Syed Alwi, Perlis. Ia dilaksanakan dalam bentuk ceramah dan bengkel teknik menjawab untuk semua kertas peperiksaan khususnya bagi peperiksaan STPM Penggal 2.