SMKAA TMUA Menerima Pengetua Yang Baru, Mantan Pengetua Bertukar ke SMK Agama Perempuan Alawiyah Kangar

27 April 2018 (Jumaat): Satu majlis telah diadakan pada hari ini di Dewan Al-Faizin, SMKAA TMUA bermula jam 9 pagi bagi menghantar Mantan Pengetua, Ustazah Shakirah binti Ahmad untuk bertugas sebagai Pengetua di sekolah barunya iaitu SMKA Perempuan Alawiyah Kangar, Perlis.  Dalam majlis ini juga, SMKAA TMUA juga menerima rombongan dari SMA AL-MAAD yang menghantar mantan pengetua mereka iaitu Ustaz Abdullah bin Shafie yang telah dilantik untuk menerajui SMKAA TMUA sebagai Pengetua yang baru. Tahniah diucapkan kepada mereka berdua.