SMKAA TMUA Menyertai Karnival Dakwah Sekolah-Sekolah Menengah Zon Selatan Perlis 2018

29 Mac 2018 (Khamis):  Pada hari ini telah berlangsungnya Karnival Dakwah Zon Selatan Peringkat Negeri Perlis di SMK Dato’ Ali Ahmad, Kayang, Perlis. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Arau (TMUA) telah menghantar beberapa orang peserta yang telah berjaya dalam Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ) peringkat sekolah untuk menyertai pertandingan tersebut. Antara pertandingan yang dipertandingkan dalam Karnival Dakwah kali ini adalah pertandingan Khat, Nasyid, Tilawah Al-Quran, Hafazan Al-Quran dan Syarahan Agama. Alhamdulillah, SMKAA (TMUA) telah berjaya merangkul johan dalam dua pertandingan yang dipertandingkan iaitu Syarahan Agama (P) dan Tilawah Al-Quran (P). Juga dinobatkan sebagai Naib Juara Tilawah Al-Quran ketegori SMKA,SBK.