Majlis Penyerahan Keputusan STPM 2016 Kepada Lepasan STPM SMK Agama Arau TMUA

28 Februari 2017 (Rabu): Satu majlis penyerahan slip keputusan STPM 2016 kepada 22 pelajar lepasan STPM 2016 telah diadakan di bilik Wawasan, SMKAA. Pencapaian STPM 2016 merupakan pencapaian terbaik SMKAA dengan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) sekolah sebanyak 2.92, berbanding 2.51 pada tahun 2015. Pencapaian ini juga melonjak kedudukan SMKAA ke tempat ke-3 terbaik di peringkat Negeri Perlis. Seramai 14 daripada 22 orang pelajar memperoleh PNGK 3.0 ke atas. Seorang pelajar mencapai PNGK 4.0 iaitu MOHAMAD AMIRUL HAKIM BIN ZAINOL. Beliau juga tersenarai dalam 11 pelajar terbaik STPM peringkat Negeri Perlis.