Program Motivasi Pelajar-Pelajar Pra-Universiti SMKAA

20160201.Program ting 6

1 Februari 2016 (Isnin): Satu program motivasi telah diadakan untuk pelajar-pelajar Prauniversiti SMK Agama Arau, Perlis. Program ini merupakan salah satu daripada siri ‘Jelajah Anak Perlis’ yang dikendalikan oleh Angkatan Mahasiswa Perlis dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling SMKAA. Seramai 5 orang siswa dan siswi dari Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengendalikan program ini mulai pukul 11.00 pagi hingga 1.50 tengah hari bertempat di Blok Pengajian Prauniversiti SMKAA. Antara pengisian program ialah:

  1. ‘Langkah Pertama’ ke universiti
  2. Petua menghadiri temuduga
  3. Sesi soal jawab mengenai pengajian di USM dan UPSI