Program Perkongsian Ilmu Bersama Majlis Peperiksaan Malaysia Dan Guru-Guru Tingkatan 6 Perlis

30 Ogos 2018 (Khamis): Satu program Perkongsian Ilmu bersama Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dan Guru-guru Tingkatan 6 seluruh negeri Perlis telah diadakan pada hari ini bertempat di Bahagian Teknologi Pendidikan (BTPN) Perlis, Kangar. Antara pengisian program adalah Bengkel Mata Pelajaran Pengajian Am, Bahasa Melayu dan MUET. Juga diadakan taklimat dan sesi soal jawab bersama MPM.

Program Jayawaris Dan Dialog Prestasi Keputusan STPM Penggal 2, 2018

 

28 Ogos 2018 (Selasa): Program ini telah dilaksanakan pada hari ini, jam 10 pagi di Bilik Wawasan SMKAA TMUA. Objektif program ialah untuk membincangkan prestasi 16 orang pelajar tingkatan 6 Atas dalam Peperiksaan STPM Penggal 2 yang lalu dan langkah-langkah untuk meningkatkan kecemerlangan mereka. Ia dipengerusikan oleh Tuan haji Abdullah bin Shafie, Pengetua SMKAA TMUA. Pegawai dari Jabatan Pendidikan Perlis yang dijemput ialah Tuan Haji Ahmad Sabri bin Mohammad. Turut hadir ialah Penolong Kanan HEM, dua orang kaunselor sekolah, guru-guru tingkatan 6 dan para waris pelajar.

Kem Jayadiri Dan Motivasi Pelajar-Pelajar Tingkatan 6 2018

17 Ogos 2018 (Jumaat): Pada 16 dan 17 Ogos 2018, seramai 57 orang pelajar tingkatan 6 Atas dan 6 Rendah telah menyertai Kem Jayadiri dan Motivasi di Sri Juluk Resort, Naka, Kedah. Objektif program ini ialah untuk membina semangat berpasukan (team-building) dan meningkatkan keyakinan diri para peserta. Pengisian program ini adalah seperti ice-breaking, 2 sesi LDK, Jungle-trecking, malam bakat dan Neuro-Language Program oleh kaunselor jemputan iaitu Encik Naridan bin Din daripada PADI Konsultan.