March 2017 archive

Atlet Olahraga SMKAA TMUA Mendapat Tempat Ketiga Dalam MSSPs 2017

30 Mac 2017 (Khamis): Muqriz bin Zainol, pelajar Tingkatan 5 sekolah ini telah berjaya mendapat tempat ketiga bagi acara 1500 meter dalam Kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Perlis 2017 yang berlangsung di Stadium Utama Kangar, Perlis. (Laporan oleh Cik Hamidah, Guru Pengiring)

Majlis Penyerahan Keputusan Peperiksaan SPM 2016 SMKAA TMUA

16 Mac 2017 (Khamis): Majlis Penyerahan keputusan Peperiksaan SPM 2016 ini telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua, Tuan Haji Mukhtar bin Haji Kasim di Dewan Al-Faizin bermula jam 11.00 pagi.

Pasukan PKBM SMKAA TMUA Mendapat Tempat Ketiga Dalam Pertandingan Kawad Kaki PKBM Peringkat Negeri Perlis 2017

11 Mac 2017 (Sabtu): Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM) sekolah ini telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam Pertandingan Kawad KakiĀ  PKBM Peringkat Negeri Perlis yang diadakan pada hari ini yang bertempat di Kem 504 Wataniah, Beseri, Perlis. (Laporan oleh Cik Hamidah, Guru Penasihat)

Qari dan Qariah SMKAA TMUA Johan Tilawah Al-Quran Kategori Lelaki dan Perempuan Dalam MTQSS Zon Selatan 2017

11 Mac 2017 (Sabtu): Qari dan Qariah SMKAA TMUA iaitu Auzan Syakyrie bin Abdul Lateh dan Aufa Nuha binti Zulkifli telah menjuarai pertandingan Tilawah Al-Quran dalam Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-Sekolah (MTQSS) Peringkat Zon Selatan yang telah diadakan pada hari ini di Sekolah Menengah Kebangsaan Sanglang, Perlis. Mereka berdua akan melangkah ke Peringkat Negeri pula yang …

Continue reading

Festival Sains SMKAA TMUA 2017

8 Mac 2017 (Rabu): Festival ini telah diadakan pada hari ini bermula jam 3.00 petang di Kantin Sekolah, SMKAA.

Dialog Prestasi STPM 2016 (Keseluruhan) dan STPM Penggal 1 2017

8 Mac 2017 (Rabu): Program ini telah diadakan pada hari ini di Bilik Wawasan, SMKAA TMUA bermula dari jam 3.00 petang. Dialog ini dipengerusikan oleh Tuan Pengetua, Tuan Haji Mukhtar bin Haji Kasim dan dihadiri oleh Guru-Guru Tingkatan 6 serta 3 orang pegawai ikhtisas yang dijemput khas dari Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Perlis iaitu …

Continue reading

Pasukan Schoolab SMKAA TMUA Meraih Johan Dalam Pertandingan Schoolab Peringkat Negeri Perlis 2017

8 Mac 2017 (Rabu): Pasukan Schoolab sekolah ini telah berjaya mendapat tempat pertama dalam Pertandingan Schoolab Peringkat Negeri Perlis 2017 yang diadakan pada hari ini di SMK Tengku Suleiman, Perlis. Pasukan ini telah membawa pulang wang cek bernilai RM1,000, hamper dan sijil pencapaian. (Laporan oleh Cik Hamidah, Guru Pengiring)