September 25, 2016 archive

Pelajar SMKAA Johan Kejohanan Seni Bela Diri Taekwondo Jemputan Kebangsaan 2016

25 September 2016 (Ahad): Saudari Nur Arina Athirah binti Anuar Amri, pelajar sekolah ini telah memenangi kejohanan ini yang telah diadakan di Dewan Kuliah Institut Latihan Perindustrian Kangar Perlis pada 23 hingga 25 September 2016. Tahniah diucapkan.

Perkhemahan Perdana Badan Beruniform SMKAA Tahun 2016

25 September 2016 (Ahad): Perkemahan ini telah sempurna dilaksanakan dan ditutup dengan rasminya pada hari ini oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Hajah Shakirah binti Ahmad pada tengahari ini. Kem ini telah diadakan di Kem Paya Pahlawan, Jitra, Kedah bermula dari 23 September dan berakhir pada hari ini.