September 2016 archive

Program Motivasi Pelajar Asrama SMKAA

29 September 2016 (Khamis): Program ini telah diadakan pada hari ini di Dewan Al-Faizin, SMKAA bermula jam 9.30 malam. Motivasi ini telah disampaikan oleh Encik Syafiq dari Al-Farooq Academy.

Program Dialog Prestasi PT3

29 September 2016 (Khamis): Program ini telah diadakan pada hari ini di Bilik Wawasan, SMKAA bermula jam 3.30 petang.

Majlis Persaraan Puan Rohani binti Mohamed (Pembantu Makmal) SMKAA

28 September 2016 (Rabu): Majlis ini telah diadakan pada hari ni di SMKAA bagi meraikan persaraan Pembantu Makmal SMKAA iaitu Pn. Rohani binti Mohamed. Selamat Bersara diucapkan

Pelajar SMKAA Johan Kejohanan Seni Bela Diri Taekwondo Jemputan Kebangsaan 2016

25 September 2016 (Ahad): Saudari Nur Arina Athirah binti Anuar Amri, pelajar sekolah ini telah memenangi kejohanan ini yang telah diadakan di Dewan Kuliah Institut Latihan Perindustrian Kangar Perlis pada 23 hingga 25 September 2016. Tahniah diucapkan.

Perkhemahan Perdana Badan Beruniform SMKAA Tahun 2016

25 September 2016 (Ahad): Perkemahan ini telah sempurna dilaksanakan dan ditutup dengan rasminya pada hari ini oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Hajah Shakirah binti Ahmad pada tengahari ini. Kem ini telah diadakan di Kem Paya Pahlawan, Jitra, Kedah bermula dari 23 September dan berakhir pada hari ini.

Sesi Taklimat Pelaksanaan Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) Di SMKAA Bermula 2017 Kepada Semua Waris Dan Pelajar Tahun 6 2016 Yang Terpilih

24 September 2016 (Sabtu): Taklimat ini telah diadakan pada hari ini di Dewan Al-Faizin, SMKAA bermula jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang. Taklimat ini bertujuan memberi penerangan khusus tentang perlaksanaan TMUA di sekolah ini.

SMKAA Menerima Kehadiran Penolong Kanan Kokurikulum Yang Baru

19 September 2016 (Isnin): Pada jam 11.00 pagi tadi, SMKAA telah menerima kehadiran PK Kokurikulum yang baru iaitu Ustaz Fakhrorrazi bin Hj. Abd. Latif yang sebelum ini bertugas di SMK Syed Hassan, Kangar, Perlis. Warga SMKAA mengucapkan tahniah atas pelantikan ini.

SMKAA Treasure Hunt 2016

3 September 2016 (Sabtu): SMKAA Treasure Hunt ini melibatkan semua guru dan staf sekolah ini dan telah dilaksanakan pada hari ini bermula jam 8 pagi hingga 2.00 petang melibatkan perjalanan sejauh kira-kira 80 km.