January 2016 archive

Kem BISAFA Pelajar-Pelajar Tingkatan Satu 2016

31 Januari 2016 (Ahad): Alhamdulillah, Kem Bina Sahsiah dan Fardhu Ain (BISAFA) Pelajar-Pelajar Tingkatan Satu Tahun 2016 telah selesai dilaksanakan bermula hari jumaat (29 Januari 2016) dan berakhir pada jam 1.30 petang tadi. Kem ini merupakan program tahunan yang dikendalikan oleh Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) di bawah kelolaan Ustaz Ziyauddin Mohamad selaku Ketua Guru …

Continue reading

Dialog Prestasi 1 PT3 tahun 2016

28 Januari 2016 (Khamis): Dialog ini telah diadakan pada hari ini bermula jam 3.00 petang bertempat di Bilik Wawasan, SMKAA

Kejohanan Merentas Desa SMKAA 2016

22 Januari 2016 (jumaat): Kejohanan ini telah diadakan pada hari ini bermula jam 8.00 pagi. Para peserta dilepaskan di Padang Bola SMKAA dan merentas desa mengikut track yang telah ditetapkan.

Mesyuarat Badan Pengawas Kali Pertama 2016

21 Januari 2016 (Khamis): Mesyuarat ini telah diadakan pada hari ini bermula jam 3.30 petang, bertempat di Bilik Wawasan, SMKAA. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Ustaz Ziyauddin bin Mohamad.

Majlis Perpisahan Ustaz Abdullah bin Shafie (Penolong Kanan HEM) Yang Dinaikkan Pangkat Menjadi Pemangku Pengetua SMA Al-Maad, Arau, Perlis

20 Januari 2016 (Rabu): Majlis ini telah diadakan di Dewan Al-Faizin, SMKAA bermula jam 7.40 pagi. Majlis ini diadakan bagi memberi penghargaan kepada Tuan Haji Abdullah bin Shafie yang telah dilantik sebagai Pemangku Pengetua SMA Al-Maad, Arau, Perlis. Tahniah diucapkan.

Taklimat Kerja Kursus STPM Penggal 2 2016

18 Januari 2016 (Isnin): Kerja Kursus bagi kertas Bahasa Melayu, Pengajian Am dan Syariah wajib dilaksanakan oleh semua calon STPM 2016 pada penggal kedua pengajian mereka. Guru-guru bagi matapelajaran ini telah menghadiri taklimat khas yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Perlis. Di peringkat sekolah, taklimat kerja kursus bagi ketiga-tiga matapelajaran tersebut telah diberikan kepada para …

Continue reading

Pelancaran Program Kalimah As-Sobah

18 Januari 2016 (Isnin): Pelancaran ini telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua SMKAA, Tuan Haji Mukhtar bin Haji Kasim pada jam 8.15 pagi tadi di Dewan Al-Faizin, SMKAA

Pelancaran Bulan Sains dan Matematik

18 Januari 2016 (Isnin): Pelancaran ini telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua SMKAA, Tuan Haji Mukhtar bin Haji Kasim pada jam 8.00 pagi tadi di Dewan Al-Faizin, SMKAA

Taklimat Jawatankuasa Pelaksana Program Jom Solat Tahun 2016

14 Januari 2015 (Khamis): Taklimat ini telah diberikan oleh Tuan Pengetua kepada beberapa orang guru yang dilantik sebagai jawatankuasa pelaksana program ini pada hari ini di Bilik Wawasan, SMKAA bermula jam 2.30 petang hingga jam 3.30 petang.

Perjumpaan Tuan Pengetua Bersama Pelajar-Pelajar Tingkatan 5 2016

14 Januari 2016 (Khamis): Perjumpaan ini telah diadakan pada hari ini bermula jam 8.00 pagi bertempat di Dewan Al-Faizin, SMKAA.