October 2015 archive

Majlis Restu Ilmu SPM dan STPM 2015

30 Oktober 2015 (Jumaat): Majlis ini telah diadakan pada hari ini bermula jam 8.00 pagi di Surau Al-Falah, SMKAA.

Ujian Psikometrik IKP Pelajar-Pelajar Tingkatan 3

16 Oktober 2015 (Jumaat): Ujian ini telah diadakan pada hari ini bermula jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari di Dewan Al-Faizin, SMKAA.

Program Menjana Kecemerlangan SPM 2015

13 Oktober 2015 (Selasa): Program ini telah diadakan selama 2 hari bermula dari 12 Oktober dan berakhir pada hari ini. Program ini diadakan di Hotel Putra Brasmana, Kuala Perlis dan melibatkan semua calon SPM sekolah ini.

Program Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah tahun 2015

10 Oktober 2015 (Sabtu): Program ini telah diadakan bermula jam 8.00 pagi tadi. Program dimulakan dengan semua warga berkumpul di Tapak Perhimpunan diikuti dengan aktiviti Senamrobik dan Jalanria 10,000 langkah 1M1S.

Majlis Persaraan Tn. Hj. C. Nasruddin bin C. Noh (PK Kokurikulum)

9 Oktober 2015 (Jumaat): Majlis ini telah diadakan di Surau Al-Falah, SMKAA bermula jam 7.30 pagi. Majlis dimulakan dengan Bacaan Surah Yaasin, Solat Hajat, Sesi ucapan, penyampaian hadiah, jamuan, punch card terakhir dan seterusnya menghantar beliau ke rumahnya. (Laporan berita dan gambar oleh Ustaz Ziyauddin selaku Pengerusi BKG)

Majlis Bacaan Yaasin Dan Solat Hajat Untuk Calon-Calon PT3 SMKAA 2015

8 Oktober 2015 (Khamis): Program ini bermula dari jam 7.00 malam hingga 10.00 malam pada hari ini bertempat di Surau Al-Falah, SMKAA.

Kem Syabab Al-Mukhtar SMKAA 2015

4 Oktober 2015 (Ahad): Kem ini telah diadakan bermula dari 2 Oktober 2015 dan berakhir pada hari ini. Kem ini diadakan di Terinai Lakeview Resort, Empangan Timah tasoh, Perlis dan melibatkan seramai 34 orang pelajar-pelajar lelaki sekolah ini daripada Tingkatan 1 dan 2. Kem ini telah dirasmikan penutupannya pada jam 12.00 tengah hari tadi oleh …

Continue reading

Majlis Perpisahan En. Ayub bin Ahmad (Mantan PK Pentadbiran) yang bertukar ke SMK Tengku Suleiman Perlis Sebagai Pengetua

2 Oktober 2015 (Jumaat): Majlis ini telah diadakan di Surau Al-Falah, SMKAA bermula dari jam 8.00 pagi hingga 10.30 pagi pada hari ini. Tahniah diucapkan kepada En. Ayub atas kenaikan pangkat sebagai Pengetua.