March 2015 archive

Mesyuarat Agung PIBG SMKAA Kali Ke-35

28 Mac 2015 (Sabtu): Mesyuarat Agung PIBG sekolah ini kali ke-35 telah dilaksanakan pada hari ini. Mesyuarat ini telah diadakan di Dewan Al-Faizin, SMKAA bermula jam 8.00 pagi. Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Majlis Ikrar Gemilang Pelajar-Pelajar Tingkatan 3

27 Mac 2015 (Jumaat): Masa: 8.00 pagi. Tempat: Dewan Al-Faizin, SMKAA

Majlis Ikrar Gemilang Pelajar-Pelajar Tingkatan 5

26 Mac 2015 (Khamis): Masa: 8.00 pagi. Tempat: Dewan Al-Faizin, SMKAA

Majlis Pelancaran Nilam Peringkat Sekolah 2015

23 Mac 2015 (Isnin): Majlis Pelancaran Nilam Peringkat Sekolah ini telah diadakan pada hari ini di Dewan Al-Faizin, SMKAA bermula jam 8.00 pagi. Majlis ini telah disempurnakan oleh Encik Ayub bin Ahmad, Penolong Kanan Pentadbiran SMKAA.

Pasukan SMKAA Memperolehi Tempat Ketiga Dalam Pertandingan Petanque Triple ANGKASA Perlis

15 Mac 2015 (Ahad): Pasukan SMKAA telah berjaya memperolehi tempat ketiga dalam pertandingan tersebut yang berlangsung pada hari ini.

Sesi Penilaian Daripada Wakil BPI Untuk Sponsorship Projek Inovasi Pelajar-Pelajar SMKAA

13 Mac 2015 (Jumaat): Wakil Bahagian Pendidikan Islam (BPI) telah sudi untuk mendengar dan menilai untuk sponsorship projek inovasi pelajar-pelajar SMKAA.

Ujian Psikometrik Pelajar-Pelajar Tingkatan Satu 2015

13 Mac 2015 (Jumaat): Ujian ini telah diadakan pada hari ini di Dewan Al-Faizin, SMKAA bermula jam 8.00 pagi.

Mesyuarat Post-Mortem SPM 2014

12 Mac 2015 (Khamis): Mesyuarat ini telah diadakan pada hari ini bermula jam 2.00 petang bertempat di Bilik Wawasan, SMKAA.

SMKAA Menyertai 1st UniMAP Cluster School Creativity & Innovation Competition 2015

5 Mac 2015 (Khamis): Beberapa orang guru dan pelajar sekolah ini telah menyertai pertandingan ini yang dianjurkan oleh Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang telah diadakan pada hari ni bermula dari jam 8 pagi hingga 5 petang di Kampus UniMAP Unicity Alam, Sungai Chucuh, Padang Besar, Perlis. SMKAA telah menyertai bahagian pertandingan inovasi. 3 produk inovasi …

Continue reading

Majlis Penyerahan Keputusan Peperiksaan SPM 2014

3 Mac 2015 (Selasa): Pada hari ini keputusan peperiksaan SPM 2014 telah dikeluarkan. Majlis penyerahan ini telah diadakan di Dewan Al-Faizin, SMKAA bermula jam 11.00 pagi oleh Tuan Pengetua SMKAA.