November 2013 archive

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT DI MASJID DARUS SALAM, PADANG KERIA, PERLIS

12 November 2013 (Selasa): Alhamdulillah, program khidmat masyarakat SMK Agama Arau telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Program ini telah diadakan di Masjid Darus Salam, Padang Keria, Perlis. Seramai 60 orang pelajar dan beberapa orang guru serta Imam dan AJK Masjid terbabit, terlibat dalam program ini. Program bermula dari jam 8.00 pagi dan berakhir tengahari.

TAKLIMAT BAHAYANYA SYIAH KEPADA SEMUA GURU DAN STAF SMKA ARAU

8 November 2013 (Jumaat): Alhamdulillah, taklimat ini telah dilaksanakan pada hari ini bermula jam 8.00 pagi di Bilik Wawasan, SMKAA. Taklimat ini disampaikan oleh Tuan Haji Ahmad bin Abdul Rahman, Guru Cemerlang Al-Quran dan Sunnah sekolah ini.

PROGRAM AMALI PENGURUSAN JENAZAH

6 November 2013 (Rabu): Alhamdulillah, program ini telah berjaya diadakan mengikut perancangan. Program ini bermula dari jam 8.00 pagi bertempat di Surau Al-Falah.

PROGRAM SAHSIAH CEMERLANG, SEKOLAH GEMILANG SMKA ARAU 2013

1 November 2013 (Jumaat): Alhamdulillah, program ini telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Program bermula dari 30 Oktober hingga 1 November ini telah diadakan di Kem D’Tepus, Bukit Tengah, Mukim Wang Tepus, Jitra, Kedah. Program ini melibatkan penyertaan 40 orang pelajar yang terdiri dari pelajar-pelajar tingkatan 1 dan 2 sekolah ini. Ia dikendalikan sepenuhnya oleh beberapa …

Continue reading